Graduate

Daisypath Graduation tickers

Wednesday, 19 September 2012

Ya Allah Aku tak ingin Sendiri

Assalamualaikum...

Satu rasa yg sukar aku gambarkan apatah lagi untuk di ungkapkan... Hari nie nk bercerita sorang ttg rase yg tak tau bagaimana nk di luahkan... rasa yg telah lama aku pendam... Mencari segengam harapan yg kian pudar .. .. Berbalik pada yg asal... Ya Allah aku tak ingin sendiri...

Sebuah buku yg di tulis oleh Burhan Sodiq... Aku telah pon mempunyai buku ini untuk bacaan aku sendiri... Buku yg seterus nya keluaran beliau pon telah aku miliki... (Cm begitu baku bahasa ku ini)

Layan jap kata2 yg cukup2 wt aku selalu berfikir.... n akan terus berfikir...

Ya Allah....
Seandainya telah Engkau Catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satutkanlah hatinya dgn hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah Ya Tuhan yang maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah jauh dari pandanganku
Lupakanlah ia dari ingatanku
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayanganya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar Ku biasa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Dan Ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untuku
Kerana engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba mu ini....

Ya Allah
Cukuplah engakau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia juga di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dn kemungkaran
Maka Kurniakanlah aku seorng pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama - sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin...Amin....Amin
Ya Rabbal A'lamin...

No comments:

Post a Comment