Salam Jumaat,
Just nk share beberape perkara ttg perosak hati kita, Jom bermuhasabah diri... InsyaAllah kita2 sme2 tau n amik tau...
Inilah makhluk yang akan dirantai pada bulan Ramadhan yang akan
menjelma. Kenapa kita kenal dia? Supaya kita sentiasa berwaspada dengan
taktik permainan iblis yang sangat licik menghasut manusia membuat kejahatan.
Walaupun dirantai selama sebulan dibulan Ramadhan, kita kena ingat tak bermakna
kita ni selamat. Mana tau yang Iblis laknatullah ni gunakan masa sebulan waktu
rehat tu untuk mengatur strategi untuk menjahanamkan manusia dalam masa 11
bulan yang akan datang... Fikir-fikirkan...
Nama : Iblis laknatullah
Tempat Lahir : Bermula dari
keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati
mereka yang lalai
Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka
jahanam
Kawasan legarnya : Setiap tempat
yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan : Tiada haluan
dan bengkang bengkok
Isteri di dunia : Setiap wanita
yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan
suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan
yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan-angan
kosong
Tempat pertemuan : Pasar dan pusat
membeli belah
Musuh ketat : Orang Islam yang
beriman dan bertaqwa
Kegemaran : Melalaikan orang
dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Matlamat hidup : Supaya semua
makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam
Kelemahan : Bila orang membaca
istighfar dan mendengar bacaan Al-Quran
Lambang : Sebarang tatu
Pejabat operasi : Tempat yang
kotor dan tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan
munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber ekonomi : Segala harta
yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Makanan Kegemaran : Segala najis
dan kotoran
Yang Ditakuti : Orang mukmin
yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari
kiamat
Ini adalah antara biodata asas Iblis yang perlu kita tahu...Kalu anda
ada terjumpa makhluk yang ada ciri-ciri macam ini kat mana-mana, jauhilah
segera...hehe.
(Sama2 kita kenali )